Syarikat kami merupakan syarikat yang telah lama beroperasi. Kami banyak menjalankan projek gaharu di Sabah, Sarawak, Brunei, dan kami juga mempunyai syarikat di Indonesia.Sekarang kami sudah mula bertumpu di Semenanjung Malaysia. Kami telah menjalankan projek suntikan di Kelantan(Kuala Kerai), dan Terengganu(kemaman, Merchang dan Hulu Terengganu).
Kami turut menyediakan perkhidmatan supply anak pokok dan carving(pembersihan@ ukiran untuk mendapatkan teras gaharu).

Pembekalan anak pokok adalah RM6 per pokok.

Perkhidmatan suntikan pokok gaharu. Pokok tanam dan pokok hutan.
Pokok tanam - RM150 - RM200 per pokok.
p/s : pokok tanam mesti lebih dari 30cm ukur lilit batang.
Pokok hutan - RM50 per sentimeter(ukur lilit batang)cara kiraan RM50 x ukur lilit batang(cm)
Setiap pokok yang kami suntik akan di pantau selepas 3 bulan disuntik dan selepas 6 bulan disuntik agar pelanggan kami berpuas hati.. Jika pokok anda didapati kurang berhasil.. Kami akan menyuntik lagi sekali pokok anda untuk memastikan pokok anda terjamin mempunyai hasil teras yang diingini..

Vaksin pokok gaharu juga dijual.. RM500 per liter..

Hubungi saya jika anda berminat.
call or whatsapp
01119782510 - zul balwi

Thursday 22 December 2011


Pokok gaharu boleh hidup di pelbagai jenis tanah asalkan tanah tersebut bukan di kawasan banjir dan mudah serap air. Untuk menanam pokok gaharu, adalah amat digalakkan jika ditanam dalam kebun getah. Dan tidak digalakkan menanam dalam kebun sawit atau berdekatan pokok pisang. Dengan kata lain, jangan tanam dalam kawasan pokok berakar serabut. Ini adalah kerana pokok yang berakar serabut memerlukan banyak makanan dan ini akan mengurangkan makanan pokok gaharu anda. Selain itu, kebun sawit mempunyai daun-daun yang panjang dan besar. Pokok gaharu anda akan mendapat kurang cahaya matahari. Keadaan sebegini boleh mengakibatkan pertumbuhan pokok gaharu anda terbantut @ lambat besar. Jadi, saya sarankan anda menanam di kawasan kebun getah. Kenapa..?? Kerana pokok getah adalah spisis pokok yang berakar tunjang dan daun pokok getah tidak akan menutup penuh cahaya matahari. Pokok gaharu anda akan sihat dan cepat membesar.

Kaedah penanaman pokok gaharu di kawasan tanah lapang. Ini adalah cara yang paling mudah bagi pengusaha gaharu untuk menanam pokok gaharu. Inin adalah kerana ia senang dijaga. Anda hanya memerlukan sebidang tanah dan bekalan air. Tetapi, pokok gaharu yang ditanam di kawasan tanah lapang perlu dijaga dengan rapi agar pokok sentiasa sihat dan mendapat cukup makanan. Apa yang saya maksudkan dengan dijaga dengan rapi..??

1. Rumput @ pokok tumpang - mesti dipotong/ buang di kawasan sekeliling pokok untuk memastikan pokok anda tidak terlindung dari cahaya matahari dan boleh mengakibatkan kurang mendapat makanan kerana dipenuhi rumput. Penggunaan racun rumput amatlah tidak digalakkan kerana ini boleh mengakibatkan hasil teras tidak laku kerana mengandungi bahan kimia.
2. Air - Pokok yang ditanam dikawasan tanah lapang amat memerlukan air kerana tanah lapang adalah tanah yang cepat mengeringkan air disebabkan pancaran matahari yang panas. paling kurang siram 2 kali sehari dan jika terlalu panas dan daun pokok nampak kekuningan. Perbanyakkan air jadi 3 kali siram sehari. Atau anda menggunakan saluran air seperti longkan untuk menyalurkan air kepada pokok anda setiap masa(digalakkan cara ini).
3. Baja - Baja mesti mencukupi sekurang-kurangnya 5 bulan sekali baja.
4. Jarak antara pokok - Pokok anda hendaklah ditanam dalam jarak yang sekata agar pokok anda dapat membesar dengan sekata @ sama disebabkan mendapat makanan yang sama banyak. Jarak antara pokok adalah paling kurang dalam 5 kaki. Lagi jauh jarak lg bagus.
5. Pancang/ sandar pokok - ini bertujuan untuk mengelakkan pokok anda tumbang@ bengkok ketika membesar disebabkan angin.
6. Pagar - Sekeliling pokok gaharu anda mestilah dipagar bagi mengelakkan haiwan-haiwan seperti kambing atau lembu masuk dan makan daun pokok anda.




Gambar-gambar pokok diatas adalah contoh penanaman pokok gaharu dan saya hanya tanam di halaman rumah sahaja..

No comments:

Post a Comment