Syarikat kami merupakan syarikat yang telah lama beroperasi. Kami banyak menjalankan projek gaharu di Sabah, Sarawak, Brunei, dan kami juga mempunyai syarikat di Indonesia.Sekarang kami sudah mula bertumpu di Semenanjung Malaysia. Kami telah menjalankan projek suntikan di Kelantan(Kuala Kerai), dan Terengganu(kemaman, Merchang dan Hulu Terengganu).
Kami turut menyediakan perkhidmatan supply anak pokok dan carving(pembersihan@ ukiran untuk mendapatkan teras gaharu).

Pembekalan anak pokok adalah RM6 per pokok.

Perkhidmatan suntikan pokok gaharu. Pokok tanam dan pokok hutan.
Pokok tanam - RM150 - RM200 per pokok.
p/s : pokok tanam mesti lebih dari 30cm ukur lilit batang.
Pokok hutan - RM50 per sentimeter(ukur lilit batang)cara kiraan RM50 x ukur lilit batang(cm)
Setiap pokok yang kami suntik akan di pantau selepas 3 bulan disuntik dan selepas 6 bulan disuntik agar pelanggan kami berpuas hati.. Jika pokok anda didapati kurang berhasil.. Kami akan menyuntik lagi sekali pokok anda untuk memastikan pokok anda terjamin mempunyai hasil teras yang diingini..

Vaksin pokok gaharu juga dijual.. RM500 per liter..

Hubungi saya jika anda berminat.
call or whatsapp
01119782510 - zul balwi

Tuesday 19 August 2014

TEBANG POKOK HASIL INNOKULAN OS-8







HASIL TERBARU DENGAN OS-8

Saya tidak dapat menjanjikan hasil gred tinggi.. Saya tidak dapat menjanjikan hasil yang banyak.. Tapi saya yakin dengan teknik innokulasi dan innokulan OS-8 akan memberikan hasil yg amat memuaskan.. Tetapi.. kita haruslah ingat.. Semua hasil dan apa yg kita dapat adalah bergantung kepada rezeki.. Bergantung pada keadaan pokok dan persekitaran pokok selepas innokulasi..

Saya pamerkan hasil yg telah dijual dengan harga RM8000/kg.. Ini adalah hasil dari teknik dan innokulan
OS-8..





Monday 18 August 2014

INNOKULAN OS-8 @IOS-8

Innokulan OS-8 adalah penemuan terbaru dari syarikat saya.. Innokulan ini tidak mengandungi bahan kimia.. Tiada bahan yg merosakkan pokok.. Bahan-bahannya tidak memudaratkan kesihatan atau kulit.. OS-8 adalah campuran dari pelbagai jenis bahan organik.. Ini adalah harapan baru kepada pengusaha gaharu sekelian.. Dengan OS-8, anda pasti akan mendapat hasil yang amat memuaskan..

Dengan rasminya Gaharu Hunter kini kembali beroperasi seperti biasa..

LAMA MENGHILANG.. MUNCUL KEMBALI

Assalamualaikum.. salam sejatera.. selamat hari raya.. Setelah sekian lama saya menghilang.. Sebenarnya saya dalam proses RnD.. Menunggu keputusan dan hasil dari innokulan terbaru.. Dengan teknik innokulasi yg dipelbagaikan.. Campuran bermacam-macam jenis bahan.. Dengan penjagaan yang rapi.. Kini saya muncul kembali dengan innokulan terbaru.. Hasilnya cukup memuaskan.. Alhamdulillah..









Thursday 22 December 2011


Pokok gaharu boleh hidup di pelbagai jenis tanah asalkan tanah tersebut bukan di kawasan banjir dan mudah serap air. Untuk menanam pokok gaharu, adalah amat digalakkan jika ditanam dalam kebun getah. Dan tidak digalakkan menanam dalam kebun sawit atau berdekatan pokok pisang. Dengan kata lain, jangan tanam dalam kawasan pokok berakar serabut. Ini adalah kerana pokok yang berakar serabut memerlukan banyak makanan dan ini akan mengurangkan makanan pokok gaharu anda. Selain itu, kebun sawit mempunyai daun-daun yang panjang dan besar. Pokok gaharu anda akan mendapat kurang cahaya matahari. Keadaan sebegini boleh mengakibatkan pertumbuhan pokok gaharu anda terbantut @ lambat besar. Jadi, saya sarankan anda menanam di kawasan kebun getah. Kenapa..?? Kerana pokok getah adalah spisis pokok yang berakar tunjang dan daun pokok getah tidak akan menutup penuh cahaya matahari. Pokok gaharu anda akan sihat dan cepat membesar.

Kaedah penanaman pokok gaharu di kawasan tanah lapang. Ini adalah cara yang paling mudah bagi pengusaha gaharu untuk menanam pokok gaharu. Inin adalah kerana ia senang dijaga. Anda hanya memerlukan sebidang tanah dan bekalan air. Tetapi, pokok gaharu yang ditanam di kawasan tanah lapang perlu dijaga dengan rapi agar pokok sentiasa sihat dan mendapat cukup makanan. Apa yang saya maksudkan dengan dijaga dengan rapi..??

1. Rumput @ pokok tumpang - mesti dipotong/ buang di kawasan sekeliling pokok untuk memastikan pokok anda tidak terlindung dari cahaya matahari dan boleh mengakibatkan kurang mendapat makanan kerana dipenuhi rumput. Penggunaan racun rumput amatlah tidak digalakkan kerana ini boleh mengakibatkan hasil teras tidak laku kerana mengandungi bahan kimia.
2. Air - Pokok yang ditanam dikawasan tanah lapang amat memerlukan air kerana tanah lapang adalah tanah yang cepat mengeringkan air disebabkan pancaran matahari yang panas. paling kurang siram 2 kali sehari dan jika terlalu panas dan daun pokok nampak kekuningan. Perbanyakkan air jadi 3 kali siram sehari. Atau anda menggunakan saluran air seperti longkan untuk menyalurkan air kepada pokok anda setiap masa(digalakkan cara ini).
3. Baja - Baja mesti mencukupi sekurang-kurangnya 5 bulan sekali baja.
4. Jarak antara pokok - Pokok anda hendaklah ditanam dalam jarak yang sekata agar pokok anda dapat membesar dengan sekata @ sama disebabkan mendapat makanan yang sama banyak. Jarak antara pokok adalah paling kurang dalam 5 kaki. Lagi jauh jarak lg bagus.
5. Pancang/ sandar pokok - ini bertujuan untuk mengelakkan pokok anda tumbang@ bengkok ketika membesar disebabkan angin.
6. Pagar - Sekeliling pokok gaharu anda mestilah dipagar bagi mengelakkan haiwan-haiwan seperti kambing atau lembu masuk dan makan daun pokok anda.




Gambar-gambar pokok diatas adalah contoh penanaman pokok gaharu dan saya hanya tanam di halaman rumah sahaja..
Vaksin Gaharu.. Sebelum kami mengeluarkan vaksin ini.. Kami telah melakukan banyak uji kaji terhadap spisis pokok yg berlainan. Setelah pelbagai kajian dan uji kaji.. Hasilnya adalah amat menakjubkan.. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasil yang anda dapat jika menggunakan vaksin ini.. Cuba dulu baru tahu hasilnya.. Hanya RM500 per liter.. Setiap pembelian melebihi 3  liter akan kami tunjukkan cara injek secara praktikal.. Kami juga menjalankan khidmat suntikan pokok gaharu di seluruh Malaysia.. 

Jika teras jenis ini hasil yang anda mahukan.. Vaksin kami lah yang anda perlukan..





Saturday 19 November 2011

KENAPA MESTI PILIH INDUSTRI GAHARU..??

Gaharu merupakan industri yang berpotensi untuk diusahakan.. Kenapa..?? Ini sebabnya :
1) Permintaan untuk gaharu sentiasa meningkat kerana pengeluaran yang kurang setiap tahun.
   - Asia Tenggara hanya dapat mencapai 20% dari permintaan terhadap gaharu di pasaran Arab Saudi sahaja. 

2) Harga teras gaharu sahaja boleh mencecah sehingga RM14 ribu - RM18 ribu per kilogram(kg).

3)Penanaman gaharu di Malaysia boleh dikatakan belum cukup popular berbanding getah atau sawit.

4) Keseluruhan bahagian pokok gaharu boleh dikomersialkan
   - Teras gaharu boleh dijadikan minyak wangi
   - Daun boleh dijadikan air teh @ green tea
   - Batang pokok gaharu boleh dijadikan kayu minyak melalui penyulingan dan bahan membuat colok(bahan bakar untuk keagamaan cina dan buddha).

 Hasil Gaharu

Pokok gaharu yang ditanam mengambil masa 3 - 4 tahun untuk mencapai tempoh matang dan boleh disuntik jika batang pokok cukup besar untuk menghasilkan teras. Selepas disuntik, pokok memerlukan paling kurang 18 bulan untuk menghasilkan teras yang berkualiti. Jadi, kesemuanya mengambil masa selam 5 - 6 tahun untuk  mendapatkan hasil gaharu. Adakah ia berbaloi..?? 

 YA.. Ia amat berbaloi..

Bayangkan jika anda mempunyai 1 ekar tanah. Mengikut pengalaman kami. Seekar tanah boleh memuatkan sebanyak 900 - 1000 pokok. Satu pokok boleh mengeluarkan hasil paling kurang 1kg teras dan katakanlah anda mendapat hasil teras yang paling rendah grednya iaitu gred E. Teras gred E dapat dijual paling kurang dengan harga RM2000 per kilogram. Dalam seekar tanah anda mempunyai 900 pokok yang anda tanam.

900kg X RM2000 = RM1.8juta

kos penanaman dan penjagaan pokok :
1 pokok  berharga RM6 jadi 900 pokok = RM5400
baja pokok + pagar tanah anda + racun rumput + lain-lain(selama 6 tahun) = RM10000(anggaran maximum)
kos suntikan untuk 900 pokok = RM135000(RM150 per pokok)

jumlah kesemua kos = RM150400(ini hanya anggaran)
RM1.8juta (hasil) - RM150400(kos) =  RM1.6juta ++

Hasil yang anda dapat adalah 100% melebihi kos yang anda keluarkan. Dan ini hanyalah untuk hasil teras gaharu sahaja. Jadi..?? Anda fikirkan sendiri. Jika anda tidak mula dari sekarang. Bila lagi..?? Sekian terima kasih.