Syarikat kami merupakan syarikat yang telah lama beroperasi. Kami banyak menjalankan projek gaharu di Sabah, Sarawak, Brunei, dan kami juga mempunyai syarikat di Indonesia.Sekarang kami sudah mula bertumpu di Semenanjung Malaysia. Kami telah menjalankan projek suntikan di Kelantan(Kuala Kerai), dan Terengganu(kemaman, Merchang dan Hulu Terengganu).
Kami turut menyediakan perkhidmatan supply anak pokok dan carving(pembersihan@ ukiran untuk mendapatkan teras gaharu).

Pembekalan anak pokok adalah RM6 per pokok.

Perkhidmatan suntikan pokok gaharu. Pokok tanam dan pokok hutan.
Pokok tanam - RM150 - RM200 per pokok.
p/s : pokok tanam mesti lebih dari 30cm ukur lilit batang.
Pokok hutan - RM50 per sentimeter(ukur lilit batang)cara kiraan RM50 x ukur lilit batang(cm)
Setiap pokok yang kami suntik akan di pantau selepas 3 bulan disuntik dan selepas 6 bulan disuntik agar pelanggan kami berpuas hati.. Jika pokok anda didapati kurang berhasil.. Kami akan menyuntik lagi sekali pokok anda untuk memastikan pokok anda terjamin mempunyai hasil teras yang diingini..

Vaksin pokok gaharu juga dijual.. RM500 per liter..

Hubungi saya jika anda berminat.
call or whatsapp
01119782510 - zul balwi

Saturday, 19 November 2011

KENAPA MESTI PILIH INDUSTRI GAHARU..??

Gaharu merupakan industri yang berpotensi untuk diusahakan.. Kenapa..?? Ini sebabnya :
1) Permintaan untuk gaharu sentiasa meningkat kerana pengeluaran yang kurang setiap tahun.
   - Asia Tenggara hanya dapat mencapai 20% dari permintaan terhadap gaharu di pasaran Arab Saudi sahaja. 

2) Harga teras gaharu sahaja boleh mencecah sehingga RM14 ribu - RM18 ribu per kilogram(kg).

3)Penanaman gaharu di Malaysia boleh dikatakan belum cukup popular berbanding getah atau sawit.

4) Keseluruhan bahagian pokok gaharu boleh dikomersialkan
   - Teras gaharu boleh dijadikan minyak wangi
   - Daun boleh dijadikan air teh @ green tea
   - Batang pokok gaharu boleh dijadikan kayu minyak melalui penyulingan dan bahan membuat colok(bahan bakar untuk keagamaan cina dan buddha).

 Hasil Gaharu

Pokok gaharu yang ditanam mengambil masa 3 - 4 tahun untuk mencapai tempoh matang dan boleh disuntik jika batang pokok cukup besar untuk menghasilkan teras. Selepas disuntik, pokok memerlukan paling kurang 18 bulan untuk menghasilkan teras yang berkualiti. Jadi, kesemuanya mengambil masa selam 5 - 6 tahun untuk  mendapatkan hasil gaharu. Adakah ia berbaloi..?? 

 YA.. Ia amat berbaloi..

Bayangkan jika anda mempunyai 1 ekar tanah. Mengikut pengalaman kami. Seekar tanah boleh memuatkan sebanyak 900 - 1000 pokok. Satu pokok boleh mengeluarkan hasil paling kurang 1kg teras dan katakanlah anda mendapat hasil teras yang paling rendah grednya iaitu gred E. Teras gred E dapat dijual paling kurang dengan harga RM2000 per kilogram. Dalam seekar tanah anda mempunyai 900 pokok yang anda tanam.

900kg X RM2000 = RM1.8juta

kos penanaman dan penjagaan pokok :
1 pokok  berharga RM6 jadi 900 pokok = RM5400
baja pokok + pagar tanah anda + racun rumput + lain-lain(selama 6 tahun) = RM10000(anggaran maximum)
kos suntikan untuk 900 pokok = RM135000(RM150 per pokok)

jumlah kesemua kos = RM150400(ini hanya anggaran)
RM1.8juta (hasil) - RM150400(kos) =  RM1.6juta ++

Hasil yang anda dapat adalah 100% melebihi kos yang anda keluarkan. Dan ini hanyalah untuk hasil teras gaharu sahaja. Jadi..?? Anda fikirkan sendiri. Jika anda tidak mula dari sekarang. Bila lagi..?? Sekian terima kasih.

Wednesday, 16 November 2011

hasil suntikan kami selepas 18 bulan







hasil dari suntikan vaksin kami amat memuaskan.. jika ini yang anda mahukan..maka.. inilah yg akan anda dapat.. insyaAllah..

Tuesday, 15 November 2011

mengenali keadaan pokok yang akan menghasilkan teras berkualiti selepas suntikan...

selepas suntik pokok gaharu anda.. mesti anda terpikir.. jadi ke tak jadi teras pokok gaharu ni..??

cara untuk mengetahui senang saja.. selepas beberapa bulan pokok anda disuntik.. paling kurang 3 bulan.. anda tngk pokok anda telah tumbuh tunas baru... ini bermakna pokok sedang mengalami proses untuk sembuh dari segala kecederaan pada pokok tersebut.. ketika pokok itu sedang berusaha untuk sembuh.. disitulah bermula proses penghasilan teras.. pokok yang disuntik sudah bertindak balas dengan vaksin.. ini juga bermakna pokok anda sihat dan bagus.. gambar di bawah ni menunjuk kan bahawa pokok yang sudah mula menghasil kan teras dan tunas-tunas baru sudah tumbuh..






sekian terima kasih..

Monday, 14 November 2011

segala jenis sample harta2 gaharu...




harta hasil titik peluh keringat selama dalam industri gaharu.. uhuhu..